KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU MACAM MANA BENGKEL2 DAN LONGKAI (CALLMAN) BOLEH MENIPU KORANG DAN TERLEPAS DENGAN PENIPUAN DIORANG- Baca ni.
LINK BAHAGIAN 2 : https://www.speedvending.com.my/?p=2010
Kisah Benar Bahagian 3 – BERGELUT DENGAN TRIBUNAL PENGGUNA TTPM
Aku balik dengan keyakinan penuh, theres A LOT of things wrong dalam Jabatan-Jabatan Kerajaan ni. Aku pun panggil ahli-ahli cendekiawan geng-geng aku kejap. Bincang.. discuss. Muhasabah diri. Prepare diri kena tangkap sbb buat rakaman perbualan dengan Pegawai-Pegawai Penguatkuasaan yg maksum ni semua. Bersedia dengan semua kebarangkalian termasuklah kebarangkalian video seks atau video liwat aku tetiba je disebarkan untuk membunuh kredibiliti aku lepas aku dedahkan kebenaran. Mana lah tahu kalau ada pihak-pihak yang sakit dengan pendedahan ni nak melawan balik, dedah video video mcm ni dah jadi trend kan kat Malaysia. Aku dah betul betul prepare untuk viralkan semua rakaman dan fakta dan bukti. Dah buat copy, distribute semua untuk safekeeping pada orang-orang yang aku percaya.
Aku percaya lagi kat undang-undang, tapi kat pegawai-pegawai penguatkuasaan, tak ada bukti atau logik langsung yang diorang ni boleh dipercayai berdasarkan pengalaman aku. Macam tak logik pulak kalau aku percayakan diorang lepas di kongkalikong macam ni. Bukan satu jabatan kerajaan yang kongkalikong aku dalam satu kes ni saja, dua-tiga bahagian dah. Aku percaya attitude ni endemik dalam kebanyakan jabatan yang ada kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan.
Bagi aku, tak kan lah aku nak ke Kaunter Tribunal kali ketiganya. Dua kali kena Tai chi dah tu cukuplah untuk tunjukkan polisi dan niat ketua jabatan diorang. Korang ingat kaunter tu nak terima kes aku sebab aku ada EMEL dari abam pegawai PENYIASAT sekarang? Aku bawak Surat Rujuk Lain Agensi dari Polis pun tak laku, inikan pulak EMEL macam tu. Kalau aku pergi lagi kat kaunter tu, boleh jadi ada orang lapor polis atas aku pulak yang berakhir dengan aku masuk ke Hospital Bahagia. So aku give up dengan SALURAN TEPAT UNTUK LAPOR yang Pak Menteri pernah bilang. Aku give up. Aku tepuk tangan dengan KECEMERLANGAN cabang Eksekutif Kerajaan yang maksum ni semua.
Bagi KPDNHEP dan Polis dan Bengkel-bengkel sindiket dengan Longkai dan broker2 Polis Longkai tu semua, ini mesti satu kemenangan. Checkmate. They win. Kalau aku nak keadilan sikit pun, jawabnya hanya ada satu jalan lain. Aku cuma boleh viralkan benda ni dengan hadapi risiko, pasti akan aku jadi orang jahat pulak dimata kerajaan dan disiasat Polis sebab memburukkan kerajaan yang sepatutnya super perfect. Tapi aku nekad, nak viralkan jugak, rakyat perlu tahu, so aku terus susun semua details. Apa nak jadi jadilah.
18 MAC 2020 – Covid mula mengganas dan MCO pun bermula. Tak boleh keluar, tak boleh jumpa sesapa dan kena duduk diam-diam. Aku decide tangguhkan viral benda ni. Lagipun kalau aku viralkan benda ni akan tenggelam sebab satu dunia tgh sibuk dengan COVID. Depress jugak dengan kesedaran bahawa negara ni memang menuju kehancuran kerana diterajui mangkuk-mangkuk yang macam pegawai-pegawai yang handle kes aku. Kereta aku memang dah hancur pon dengan restu Polis dan KPDNHEP.
Ini bukan masalah politik, sebab kalau Kerajaan atau Menteri bertukar pon, pegawai-pegawai bangang yang sama tu jugak duduk dikerusi sama dan buat benda sama. Ini pun bukan masalah perkauman sebab walaupun tokey-tokey bengkel penipu tu semua Cina tapi Polis Trafik yg bg aku kat Longkai, Longkai yang tipu aku, Kerani bengkel yang tipu aku tu, semuanya melayu. Pegawai-pegawai kerajaan yang kongkalikong aku semua melayu. Tadak racial issue.
Issue aku sini lebih bahaya iaitu pegawai-pegawai penguatkuasaan sendiri memincangkan proses keadilan, mungkin sebab korup, sebab bangang, sebab malas terlampau, atau sebab-sebab tertentu yang diluar bidang akal aku nak kupas. Kalau kerajaan memerintah jelas gagal, rakyat mengamuk PM berenti dan Kabinet dissolve – tukar kerajaan. Tapi pegawai-pegawai ni semua tak tukar. Attitude sama jugak. Corrupt dan/atau bangang macam tu jugak. Pendek kata kalau kerajaan langit turun memerintah pun akan macam tu la jugak kualiti perkhidmatan kerajaan kat rakyat sebab Cabang Eksekutif ni dah mula GAGAL dan REPUT. Menteri pun bukannya nak buang puak-puak ni sangat, banyak defensif dari remedial tindakan menteri, so takleh diharap. Lagilah diorang berani untuk membangang, mengkorup dan memalas-malas, lalu terjadilah kes ping-pong mcm aku ni.
Kerajaan kita ada 3 cabang iaitu Legislatif (Ahli-ahli parlimen yang bersidang utk gubal undang-undang), Eksekutif (Pegawai-Pegawai kerajaan yang dibawah Menteri Kabinet) dan Judiciary (Sistem keadilan – mahkamah). Masalah dalam kes aku ni, rasanya beribu lagi rakyat hadapi – yang siasat dan bawak kes-kes ke mahkamah adalah dari cabang Eksekutif. Kalau diorang ni tak kompeten macam dalam kes aku ni, memang tak kan ke cabang Judiciary lah. Justice is in the judiciary branch of government, but executive branch is the gateway to judiciary BUT they’re incompetent in my case. Aku buka kes, lapor, kemudian di kongkalikongkan oleh pegawai-pegawai dalam cabang eksekutif dan akhirnya kes aku TIDAK akan sampai ke cabang Judiciary maksudnya takkan dapat keadilan sebab JUSTICE IS IN JUDICIARY BRANCH. Penjenayah selagi tak kena dakwa dalam pertuduhan jenayah, mangsa takkan dapat keadilan.
Pegawai -pegawai ni semua yang sepatutnya siasat,kumpul bukti, statements dari semua pihak, facilitate membawa kes kes ketidakadilan untuk diberi keadilan di cabang judiciary kini TERBALIK, menjadi batu penghalang kepada rakyat mendapatkan keadilan. Harapkan pegar, pegar makan nasik goreng dalam pinggan aku.
20 APRIL 2020 – Tiba-tiba seorang kawan aku bagi update, eTRIBUNAL, sistem tuntutan pengguna elektronik yang dalam maintenance dulu tu dah berfungsi sebab MCO – orang tak boleh pergi kaunter Tribunal Tuntutan pengguna semenjak 6hb MAC lagi. Aku masih boleh melawan.
Aku decide nak buat case study – BETUL KE TTPM NI TAK BOLEH TERIMA DAN BUKA TUNTUTAN SEKALIPUN KALAU ADA KENA MENGENA DENGAN INSURANS?. Kalau menerusi Online, TTPM terima kes aku, maka kaunter TTPM Shah Alam dah kongkalikong aku. Something wrong. Kalau TTPM Online tak nak terima kes aku, maka consistent lah tu. Dalam kes tu maksudnya memang POLISI KPDNHEP adalah untuk protect insurance industry dan bengkel-bengkel yang support insurance ni, so tinggal aku nak viral jelah dan let the truth out. Tapi dalam pembacaan aku tentang Terma Dan Syarat eTribunal, BATASAN BIDANG KUASA, takde pun tulis tak boleh tuntut berkenaan insurans kereta. Yang dinyatakan, TAK BOLEH TUNTUT melalui Tribunal berkenaan Tanah, Kecederaan/kematian, Wasiat dan tuntutan lebih RM50 ribu.
Berikut adalah pengalaman aku mengharungi samudera yang dikenali Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) pulak. Catatan ni mungkin berguna bagi sesiapa yang nak mengharungi samudera yang sama. Banyak trick yang dilakukan oleh bengkel-bengkel penipu ni semua untuk elakkan diri dari dituntut secara sah. Aku ceritakan trick-trick diorang dibawah dan dalam bahagian selanjutnya.
Mula-mula sekali aku kumpul SEMUA bukti dan susun bukti-bukti tu mengikut tarikh. Aku tulis kronologi kes aku menurut semua fakta dan bukti yang aku ada. Mula dari BILA, dan SIAPA, DIMANA, APA BERLAKU, bagi BUKTI IA BERLAKU, dan details tentang apa yang berlaku. Dari rakaman suara, screenshot perbualan whatsapp, email, semua kena katalog dan susun ikut kronologi. Dalam undang-undang, bukti ni penting sangat-sangat. Kalau Penentang kes aku tipu (aku dah agak diorang akan tipu sebab memang geng kuat menipu pon), dan kenyataan dia bercanggah dengan kenyataan aku maka bukti yang solid lah satu satunya penentu, kenyataan siapa yang boleh dipercayai.
Syukurlah aku dah mula kumpul bukti sebaik sahaja aku sedar ada benda tak kena dengan urusan kereta aku. SEMUA FAKTA kena bagi bukti kalau perlu. Kat Tribunal ni tak boleh bawak lawyer jadi korang kena susun bukti semua sendiri, walaupun Tokey penipu tu semua banyak duit dan boleh upah lawyer untuk prep case TTPM untuk diorang, advice dan coach diorang macam mana nak bercakap dalam Tribunal. Macam tak adil sangat sebab orang marhaen macam kitaorang je pakai Tribunal, orang berduit tak tuntut melalui tribunal, terus masuk court je. Kalau masuk Tribunal hampir pasti Pihak Yang Menuntut bukan orang yang mampu nak upah lawyer belas-belas ribu untuk tuntut melalui Mahkamah. Tapi dah pak-pak Menteri semua setuju sistem ni kena macam ni, kita marhaen ni telan je lah, pahit macam mana pun.
Dah siap aku study, susun case aku, kronology dan lengkapkan bukti, aku buka website Etribunal, baca manual macam mana nak isi Borang 1 (BORANG TUNTUTAN) dan flow process tribunal. Study pulak proses tribunal ni betul-betul dan syarat dia.
TRICK PERTAMA BENGKEL – Aku kena berusaha dulu nak pastikan nama dan nombor perniagaan sebenar bengkel. Kena register masuk Sistem Carian E-Info SSM. Pendek kata, tak tahu nama sebenar syarikat, nombor pendaftaran perniagaan sebenat, alamat perniagaan yang sah, maka BORANG TUNTUTAN TIDAK SAH. Tak boleh submit atau proses pon.
Kalau nak tuntut dengan manusia yang meniaga dan menipu tak pakai syarikat, pulak yang tak pakai company KENA ADA IC no dan ALAMAT dan NAMA sebenar, ruangan yang wajib diisi nak buat tuntutan Online. Kalau tak ada IC no dia, nama sebenar dia, alamat dia, TAK BOLEH BUKA TUNTUTAN.
Contoh, korang beli barang peniaga Online, barang sampai tu rosak dan apa-apa lah, diorang tak mahu ganti/refund duit korang, penjual tak mahu bagi hak korang sebagai pengguna dan korang nak tuntut di TTPM eTribunal. Korang takde nama sebenar, alamat, No IC atau No Syarikat dia. Nak cari pun tak tau kat mana dan tak jumpa. Kalau nak buka tuntutan di TTPM tanpa maklumat ni semua, kena pegi report Polis atau KPDNHEP suruh dapatkan maklumat supaya korang boleh buka tuntutan di TTPM. Agak-agak Polis dengan KPDNHEP lepas tu dia siasat ke diorang akan ping-pang-pong/kongkalikong kan korang? Koranglah kena siasat sendiri. HAHAHAHAHA adehhhhh..
Maklumat No syarikat, Nama Perniagaan dan Alamat Lon-G Auto memang straightforward, kalau tak macam mana dia nak dapatkan pengiktirafan Proton kan? Tu semua aku dapat melalui google maps dan website syarikat saja.
Ideal Auto Workshop ni wujud kekeliruan besar. Dalam text aku dengan pekerja Bengkel, dia akui dia dari Ideal Auto Workshop. Kat Google Maps pun tulis, lokasi tu sebagai Ideal Auto Workshop. So aku cari maklumat di e-INFO SSM, guna nama perniagaan Ideal Auto Workshop, dapatlah Alamat, No Syarikat Perniagaan. Aku rasa, settle lah. Buka eTribunal isi maklumat tu.
Masa aku nak submit Maklumat Penentang dalam E-Tribunal, aku cross check daripada syarikat dalam Kad Perniagaan yang aku diberi masa kat workshop. LANGSUNG TAK SAMA NO PERNIAGAAN dan NAMA PERNIAGAAN dalam kad dan dalam e-INFO!
Dalam Kad yang aku dapat tu Nama syarikat IDEAL GLOBE AUTO no Syarikat 201601008229 (1179157-U), dalam Maklumat SSM pulak IDEAL AUTO WORKSHOP No Syarikat 201003159162 (001969523-M). Lain sikit je nama, tapi dari sudut perundangan memang lain terusssss entiti nya. So kereta aku ditahan di Ideal Globe Auto ke Ideal Auto Workshop???? AKU NAK TUNTUT DARI SYARIKAT IDEAL AUTO WORKSHOP KE IDEAL GLOBE AUTO????
Kat sini saja aku dah buang masa siasat dan tanya, dan mohon bantuan sana sini cari pendapat, dah habis masa banyak hari. Salah je nama dan No Company, jawabnya ruang terbuka luas untuk Tribunal dan Penentang batalkan tuntutan dari aku – dalam kepala aku selagi diorang boleh tepis, tai chi dan ping-pong, diorang akan elakkan dari accept tuntutan ni. Jadi tuntutan aku kena solid. Tuntutan boleh jadi tak sah sebab kekeliruan yang aku syak disengajakan ini. Jangan bagi alasan pun diorang nak tolak tuntutan aku ni. Berapa ramai yang give-up atau gagal kemuka tuntutan sebab trick macam ni?
Akhirnya sebab aku ada bukti rakaman bahawa Kerani bengkel tu bagi aku Kad Perniagaan IDEAL GLOBE AUTO dan Signboard depan premis tempat kereta aku ditahan secara haram tu bertulis IDEAL GLOBE AUTO, aku decide nak failkan tuntutan atas entiti IDEAL GLOBE AUTO. Ni baru TRICK PERTAMA je….
MASALAH TRIBUNAL dalam kes ni. AKU NAK TUNTUT BERAPA SEBENARNYA NI? Jumlah anggaran kerosakan, Damage Adjuster report semua sepatutnya bengkel yang aku lantik tu serahkan dalam urusan biasa tuntutan, baru aku tahu nak kena bayar berapa. Tapi dalam kes aku ni kereta dibawa lari ke bengkel cacamerba ntah apa-apa dan dah membauat pembaikan tak bertauliah dan tak piawai kat kereta aku jadi dah tak boleh nak buat anggaran. Alat-alat ganti yang digunakan jugak semuanya mencurigakan. Pokok asalnya, aku tak tahu nak tuntut berapa kat Tribunal ni. Aku bubuh je value kereta aku maksimum RM12000. Selain tu juga, sepanjang pengetahuan aku, kes ni akan ada Loss-of-Use sbb aku bukan pihak bersalah pon. Biasanya Loss-ofUse ni ditanggung syarikat Insurans. Aku dah takde Adjuster report ni nak claim insurance, dan aku yakin Ideal Globe Auto takkan bagi aku Adjuster Report yang ada kat diorang, so aku juga kena hadapi risiko kereta ni takkan mungkin dapat claim insurans berkenaan kemalangan ni.
19hb MEI 2020 – Aku buka E-Tuntutan, Lon-G sebagai Penentang 1 dan Ideal Workshop sebagai Penentang 2. Dua penentang. Aku study dulu semua keperluan dan terma syarat dan process flow Tribunal. Okey. Submit tuntutan dan buat pembayaran RM5 kat TTPM melalui online. Tuntutan aku jelas nyatakan.
– SAYA TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN INI DAN DIRUJUK KEPADA TRIBUNAL PENGGUNA. KINI KERETA SAYA MASIH LAGI DITAHAN DI IDEAL GLOBE AUTO DENGAN TIDAK MENURUT UNDANG-UNDANG. SAYA MENUNTUT MELALUI TRIBUNAL;
1. PELEPASAN KERETA SAYA SEPENUHNYA DAN RM12000 UNTUK
MEMULIHKAN SEMULA SEGALA KEROSAKAN KEMALANGAN DAN PEMBAIKAN TIDAKSELAMAT/TIDAK BERTAULIAH KEATAS KERETA SAYA DI BENGKEL YANG BERTAULIAH PILIHAN SAYA SENDIRI TANPA MELIBATKAN PIHAK IDEAL GLOBE AUTO DAN LON G AUTO.
ATAU
2. PELEPASAN KERETA SAYA SEPENUHNYA UNTUK DIBAIKI OLEH LON – G AUTO DAN
TUNTUTAN INSURANS DIBUAT OLEH LON-G AUTO TANPA PERLU SEBARANG PENGLIBATAN IDEAL GLOBE AUTO DAN LON-G AUTO HENDAKLAH MEMBAYAR KEPADA SAYA SEGALA KOS-KOS LOSS-OF-USE KERETA SAYA BERKADAR RM50 SEHARI SEBERMULA DARI TARIKH 2HB NOVEMBER SEHINGGA TARIKH KERETA SAYA SIAP DIBAIKI SEPERTIMANA PIAWAIAN PROTON DAN SAYA BERPUASHATI. SEKIAN TUNTUTAN SAYA.
Lepas dah siap tulis tuntutan aku secara ringkas, aku upload bukti yang diminta aku bagi report polis, Surat Rujukan Lain agensi dari Polis dan Kronologi Kes yang aku compile. Dalam sistem e-Tribunaltu boleh pilih nak failkan bawah TTPM negeri mana, jadi aku pun pilih TTPM KL bukan TTPM Selangor atas sebab terus-terang aku tak boleh percaya kat satu pejabat KPDNHEP Selangor ni. Aku dah cuba nak percaya tapi tak boleh. Tak kiralah Bahagian atau Unit mana.
Lepas tu aku submit tuntutan dalam sistem eTribunal, dan tunggu..
20 MEI 2020 – Tak lama kemudian aku nampak, KES TUNTUTAN AKU DITERIMA. Dibawah Jenis Kesalahan Tuntutan – P01 Perlakuan mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan yang dibekalkan iaitu mengenai sifat, ciri-ciri kesesuaian bagi maksud atau kuantiti perkhidmatan itu.
So… Kenapa TTPM Shah Alam reject tuntutan aku kat kaunter? KAUNTER TTPM SHAH ALAM SALAH ke si pengelola kes eTribunal TTPM KL ni yang salah?Adakah orang yang terima dan proses tuntutan eTribunal TTPM ni dapat LATIHAN LAIN LAIN atau POLISI TUNTUTAN LAIN-LAIN? Adakah kejanggalan ini disebabkan POLISI KPDNHEP Selangor berbeza dgn Polisi KPDNHEP KL? Apa yang berbeza terus keputusan nak terima atau tak terima?
Lepas dah dapat tarikh pendengaran (18hb Ogos 2020), aku dah kena serahkan pulak BORANG 1 (BORANG TUNTUTAN) yang aku failkan kat TTPM tu kepada pihak Penentang. Kena download sendiri melalui eTribunal dan print Borang 1 ni sebanyak 2 salinan bagi setiap Penentang. Satu salinan serahkan kat Penentang, dan satu lagi kene suruh dia tandatangan dan bubuh tarikh penerimaan. Aku ada 2 Penentang so kena buat 4 salinan. Kena juga bagi salinan kosong Borang 2 (PERNYATAAN PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS ) kat Penentang-Penentang. Diorang sepatutnya hantar semula Borang 2 ni kepada Pihak Yang Menuntut
Borang 1 ni kena SERAHKAN SENDIRI kat ORANG yang bekerja dalam alamat syarikat tu atau hantar melalui Pos Berdaftar (ala, pegi kaunter pos, cakap dia nak buat pos daftar). Tak boleh serahkan kat bangunan. Kurier-kurier semua tak boleh pakai. Hanya boleh pakai POS MALAYSIA saja. Lepas berjaya dihantar Pos Daftar ni korang akan dapat bukti penghantaran dari Pos Malaysia dan bukti penghantaran ni sangat-sangat penting. Borang-borang ni semua kena serahkan sekurang-kurangnya DUA MINGGU sebelum tarikh Pendengaran. Amboi syarat serahan pon… Begitulah undang-undang yang tetapkan kalau tidak, tak boleh teruskan pendengaran sebab Tribunal kira pihak Penentang tak tau dia ada kes Tuntutan kat Tribunal.
28 JUN 2020 – Aku buat penghantaran Borang 1. Aku guna teknik hantar sendiri melalui wakil – kan aku takde kereta nak kesana kesini macam mana. Nak bergerak pun dengan belas ihsan kawan baik je bagi pinjam kereta. Kena lantik wakil tu betul-betul dengan surat kuasa mewakilkan dari Pihak Yang Menuntut (aku ler..).
Bengkel Lon-G ni dia sign je Borang 1 aku masa dia dapat. Point untuk Lon-G. Takde masalah sangat. Manager dia ada tetiba whatsapp aku lepas tu nak cerita tapi aku cakap yang Longkai tu bukan pekerja Lon-G pon walaupun dia pakai kad perniagaan Lon-G. Aku reply, kita sembang kat Tribunal je lah ye. Dia akur je.
Bengkel IDEAL GLOBE AUTO ni BUAT TRICK LAGI pulak. Bila wakil aku kesana, banyak soal jawab pihak Bengkel dan akhirnya dia orang tak nak sign. Aku dah suruh wakil aku ambik gambar, video dan rakam dah semua, nasib baik dia berani buat dengan yakin. Kerani bengkel tu pun call bss dia cakap-gitu gini dan boss dia bagi arahan jangan sign apa-apa. So bila Bengkel tu tak nak sign, aku suruh wakil aku tinggal je salinan Borang 1 tu kat kerani Ideal Globe Auto, ambik gambar dan terus cari seorang Pesuruhjaya Sumpah yang terdekat. Buat Surat Sumpah mengatakan dia dah buat serahan Borang 1 no kes aku kepada Penentang Kedua dan nyatakan dengan jelas bahawa Penentang Kedua enggan memberikan tandatangan untuk menerima Borang 1. Bawak Surat Sumpah tu dan kalau perlu, print gambar serahan tu sebagai bukti serahan. Kalau dah penipu tu nak mengelat jugak.
ni TRICK KEDUA PIHAK BENGKEL. Enggan terima serahan Borang 1 TTPM. Jangan give-up, ambik bukti serahan, rakam bukti enggan terima serahan dan jangan lupa buat surat sumpah serahan kat Pesuruhjaya Sumpah.
Lepas dah sempurnakan serahan Borang 1 iaitu Borang Tuntutan, aku tunggu je Penentang-Penentang aku ni untuk lawan tuntutan aku dengan memfailkan melalui Borang 2 (Pernyataan Pembelaan Dan Tuntutan Balas) diorang kat eTribunal atau Pejabat TTPM. Lepas diorang failkan Borang 2 kat TTPM baru diorang boleh serahkan borang tu kat aku.
14hb OGOS 2020 – Lon-G hantar Borang 2 pakai GRABEXPRESS, bukan pakai Pos Daftar atau serahan tangan. Hahaha. Kalau aku terima pon dia tak boleh buktikan aku terima tapi aku tak ada niat jahat, nak tgk apa dia nak kata jer… dalam dokumen tu dia kata Lon-G tak salah. Macam diagak. Sebahagian ayat dia macam ni lah..
PADA 03/08/2020 PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD TELAH TERIMA TUNTUTAN TRIBUNAL BERKAITAN NO KERETA ******* JENIS PROTON PERSONA (WARNA HITAM) YANG MENUDUH LON G AUTO SERVICES SDN BHD TELAH MENGHANTAR KERETA TERSEBUT UNTUK DI PERBAIKI KE BENGKEL IDEAL GLOBE AUTO SDN BHD TANPA KEBENARAN PEMILIK KERETA.
UNTUK MAKLUMAN, PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DI KAITKAN DENGAN URUSAN INI. MEMANG PADA 01/11/2019 KERETA TERSEBUT ADA DI HANTAR KE LON G AUTO SERVICES SDN BHD BERTEMPAT DI KAMPUNG BARU SUBANG UNTUK DI BUAT TUNTUTAN INSURANS KERANA KEMALANGAN MELALUI ENCIK MUHAMAD ******** BIN ****** YANG MERUPAKAN SEORANG CALLMAN BEBAS DAN BUKAN PEKERJA LON G AUTO SERVICES SDN BHD.
CALLMAN BEBAS BERMAKSUD DI SINI BELIAU KEBIASAANNYA AKAN BERBINCANG DENGAN PEMILIK KERETA YANG TELAH MENGALAMI KEMALANGAN DAN ATAS PERSETUJUAN PEMILIK KERETA, ENCIK MUHAMAD ******** BIN ****** AKAN MENCADANGKAN KEMANA KERETA TERSEBUT DI HANTAR UNTUK URUSAN PEMBAIKAN DAN KERETA INI BELIAU MENCADANGKAN DI HANTAR KE LON G AUTO SERVICES SDN BHD.
PADA 02/11/2019 PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD TELAH MENERIMA DOKUMEN BERKAITAN MELALUI E-MAIL DAN SETELAH DI PERIKSA PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD MENDAPATI JENIS PERLINDUNGAN UNTUK KERETA INI ADALAH JENIS PERLINDUNGAN KENDERAAN (THIRDPARTY COVER) BUKAN JENIS COMPREHENSIVE. LON G AUTO SERVICES SDN BHD ADALAH BENGKEL DEALER PROTON YANG MENGURUSKAN TUNTUTAN KEMALANGAN UNTUK KERETA PROTON SAHAJA DAN UNTUK KERETA YANG DI LINDUNGI SECARA COMPREHENSIVE SAHAJA.
JADI JELAS DI SINI PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD TIDAK BOLEH LAGI MENERUSKAN PROSES TUNTUTAN UNTUK KENDERAAN INI, DAN TERPULANG KEPADA PEMILIK KENDERAAN UNTUK MEMBAIKI KERETA BELIAU KE MANA-MANA BENGKEL DAN SAMA SEKALI PENGHANTARAN KE LAINLAIN BENGKEL BUKAN LAGI URUSAN PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD. PERKARA INI TELAHPUN PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD MAKLUMKAN KEPADA ENCIK MUHAMAD ******** BIN ****** UNTUK BELIAU MENERANGKAN PULA KEPADA PEMILIK KENDERAAN AKAN SITUASI INI.
Dihujung-hujung ayat tu pulak dia ada tambah dengan sedapnya ;
SEBAGAI TUNTUTAN BALAS MELALUI TRIBUNAL INI, PIHAK LON G AUTO SERVICES SDN BHD MENUNTUT RM1,000.00 (SATU RIBU RINGGIT MALAYSIA) UNTUK KOS KEHADIRAN PERBICARAAN DAN LAPORAN POLIS YANG DI BUAT KERANA MEMBURUKKAN NAMA LON G AUTO SERVICES SDN BHD SEBAGAI DEALER PROTON SERVIS BERTAULIAH.
Waduh-waduh… dahsyat.
No 1 – Aku hantar kereta kat dia 2hb Nov bukan 1hb Nov, siap ada bukti – (salahnyata pertama)
No2 – Aku hantar Borang 1 (Borang Tuntutan) tu siap ditandatangani, pada 28 June bukan 3hb Ogos. (salahnyata kedua)
No 3 – Dia nyatakan yang Longkai tu bukan pekerja dia tapi callman bebas. Dalam konteks ni, mengikut Akta Kontrak 1950, dan dengan Kad Perniagaan dari Lon-G tertera nama Longkai tu, Longkai tu adalah EJEN kepada Lon-G. Sbb Lon-G terima business aku melalui Longkai tu. Longkai tu bukan biasa berurusan dengan aku, tapi dengan Lon-G. Yang Bayar Longkai tu bukan aku tapi Lon-G. Jadi kesimpulannya, Longkai tu adalah EJEN Lon-G yang mencari customer untuk Lon-G. Korang cek lah Akta Kontrak sendiri kenapa dan macam mana kesalahan yang dilakukan ejen tu dianggap sama dengan kesalahan Pekerja sendiri.
No 4 – Kontrak aku bagi tujuan membaiki kereta, supply spare parts dll bukan dengan Longkai, tapi dengan bengkel sebab aku hantar sendiri ke Bengkel tanpa orang tengah. Kenapa aku tak dimaklumkan diorang tak nak repair kereta aku? Aku tak kisahlah diorang kata nak repair Insurance 1st Party je ke, apa ke, syarat ni tak dikemukakan langsung kat aku pun masa aku serahkan kereta kat diorang sedangkan diorang tahu dari hari aku hantar lagi kereta aku tu insurance third party. Kan owner third party insurance kena bayar cash kat bengkel dulu, tak nak duit sudah… bengkel lain banyak lagi nak duit cash kan? Kenapa tak batalkan kontrak dengan serah balik kat aku yang serah sendiri kereta kat Bengkel? Kenapa serahkan kereta sewenangnya kat EJEN DIA SENDIRI yang boleh kata tak ada kuasa dalam kes ni untuk serahkan balik kat aku atau hantar kat bengkel lain? Mana accountability syarikat ni? Boleh suka-suka hati bagi kereta yang aku serahkan kat dia sendiri lepas kepada Longkai untuk di bawak ketempat lain?
No 5 – Dokumen kereta aku tu di emelkan pada hari yang sama aku hantar kereta bukan keesokan harinya macam dinyatakan. Aku hantar kereta 2hb, aku hantar dokumen 2hb. (Salahnyata 3)
No – 6 Ada jugak dia bangkitkan kat situ yang kereta tu bukan atas nama aku tapi milik ahli keluarga aku. Tak susah pun, suruh je ahli keluarga tu buat surat pengakuan dah serah segala hak kereta tu pada aku untuk uruskan. Lagipun, aku yang bayar dan pakai. Kalau tak salah aku, harta yang kegunaan seluruh isi keluarga ni semua orang ada hak mengguna dan satu isi rumah ada hak untuk tuntut hak pengguna. Ini kalau tak silap aku lah, tapi apa-apa hal pun dah siapkan surat serah kuasa tu kat aku sebab sistem eTribunal tak dpt isi nama pemilik sebagai Pihak Yang Menuntut Kedua atas kepincangan sistem sendiri (tak boleh submit kalau nak isi ruangan Pihak Yang Menuntut kedua, ruangannya ada..)
Jadi pada rumusan aku Pengurus Bengkel Lon-G nih main kotor- menipu dalam dokumen mahkamah. Banyak sangat salahnyata, nampak seolah sengaja untuk menjatuhkan kredibiliti kenyataan aku pada Tribunal dan banyak sangat kesilapan untuk dianggap tidak sengaja. Nak memanipulasikan fakta yang aku ada bukti siap membuktikan dia salah. Bukan satu tipu, TIGA KALI TIPU DALAM SATU DOKUMEN perundangan. Ini kalau tak salah aku dah masuk bab Perjury (Jenayah menipu dalam proses keadilan). Nak kena report polis ni. Nak suruh Tribunal report ke, aku yang nak report sendiri? Nanti aku maklumkan dulu kat Tribunal.
Aku tunggu punya tunggu, Borang 2 daripada Ideal Globe Auto tak sampai-sampai.. Yang sampai hari perbicaraan.
Sambung Bahagian 4 pulak, pasal perbicaraan di TTPM sendiri.
LINK BAHAGIAN 4 : https://www.speedvending.com.my/?p=2012
Leave a Reply